PETALING JAYA: Bayangkan ada barang keperluan di rumah anda habis tetapi wang dalam akaun semakin susut kerana gaji belum masuk. Mahu tak mahu, barang perlu dibeli tetapi bagaimana jika tiada wang?
Jangan risau. Anda tidak perlu tebal muka pinjam dari adik-beradik atau membeli menggunakan kad kredit kerana dengan kemajuan teknologi, aplikasi yang menyediakan kemudahan beli sekarang, bayar kemudian (BNPL) kini sudah tersedia di Malaysia.
Bermula hari ini, anda boleh memuat turun aplikasi PAYLATER yang dibangunkan untuk memberi lebih fleksibiliti kepada pengguna dalam berbelanja. Aplikasi yang dibangunkan syarikat teknologi kewangan (fintech) pemula tempatan, Kale (Technology) Sdn. Bhd. ini merupakan pasar e-dagang BNPL dengan pilihan pembayaran kad debit pertama di Malaysia.
Lebih baik lagi, ia tidak mengenakan sebarang faedah atas pembayaran dan juga tiada fi untuk ansuran yang diberikan.
Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan di PAYLATER termasuk pakaian, permainan, keperluan teknologi dan pelbagai lagi melalui lebih daripada 150 pemborong yang berdaftar…
LEVEL 2, TOWER 1, AVENUE 5 BANGSAR SOUTH CITY, 59200 KUALA LUMPUR, FEDERAL TERRITORY
Contact us